PENGURUSAN STARS







MAKLUMAN PERTANDINGAN NILAM PIBG
HADIAH ISTIMEWA KEPADA PEMENANG

Friday 1 January 2016

Ucapan Guru Besar


MOHD FADLI SIDIK
GURU BESAR
KATA ALUAN DARI GURU BESAR

Asalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang ke Blog PSS To`Puan Seri Halina - SK Kompleks Seberang Takir (STARS). Selamat menjelajahi rangkaian ilmu yang pelbagai bermula di Pusat Sumber ini. Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan satu tempat yang menjadi 'nadi' kepada semua bilik sumber ilmu yang lain di sekolah. Ianya menjadi pengerak bagi pelajar mendapatkan Ilmu.

Nama PSS ini, PSS To` Puan Seri Halina adalah mengambil nama To' Puan Seri Halina Binti Zakaria yang merupakan isteri kepada YAB Dato Seri Ahmad Razif Bin Haji Abd Rahman - Menteri Besar Terengganu. To' Puan Seri Halina juga merupakan bekas guru di SK Kompleks Seberang Takir adalah merupakan penyumbang utama kepada pelbagai aktiviti sekolah.
PSS To`Puan Seri Halina mempunyai pelbagai komponen utama iaitu :-
  • Perpustakaan To` Puan Seri Halina
  • Bilik Tayang
  • Galeri Sekolah
  • Makmal Komputer
  • Bilik BBM
  • Studio Media
  • Bilik SAL
  • Bilik Khas
  • Bilik Darjah
Saya sentiasa percaya PSS akan menjadi pemangkin perkembangan Inovasi PDP dan amalan terbaik bagi guru. Pekembangan teknologi PdP seperti amalan Pembelajaran Abad Ke-21 juga menuntut PSS berubah kearah berkenaan. 

Terima kasih atas lawatan anda ke Blog PSS To' Puan Seri Halina.


Wasalam.